MASJID ZAHIR MASJID TERCANTIK DUNIA
Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal dalam kalangan penduduk di sekitar Kedah terutamanya penduduk di sekitar Alor Setar, namun ianya kurang dikenali oleh masyarakat dari negeri luar. Masjid Zahir ini mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah ( 11 mac 1912). Masjid ini turut dikenali dengan nama Masjid Zaharah atau Masjid Diraja.Masjid. Masjid ini dikatakan dibina atas usaha Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Tajudin Mukkaram Shah. Masjid ini terdiri daripada satu kubah utama dan dikelilingi oleh lima kubah kecil yang melambangkan lima Ruku Islam. Keunikan ini ialah kubahnya bewarna hitam. Masjid ini mempunyai ukuran keluasan yang tidak besar sementara warnanya yang tidak memancar. Keistimewaan Masjid Zahir ini adalah dari segi bahan binaannya. Bahan binaan yang digunakan untuk membina masjid ini adalah antaranya madu lebah, putih telur dan limau nipih. Kesemua bahan-bahan ini akan dicampurkan kedalam simen untuk digunakan bagi membina Masjid Zahir ini.
Namun begitu, bagi mereka yang jarang melalui lebuhraya ke Alor Setar, terutamanya bagi individu yang berasal dari luar Kedah pasti akan tertarik dan terpaku melihat masjid ini terutamanya pada waktu malam kerana masjid ini dihiasi oleh lampu-lampu yang bewarna warni dan menarik. Masyarakat juga akan tertarik kepada masjid ini disebabkan rekabentuknya yang memanjang dan mempunyai lekuk-lekuk di badan masjid yang memberikan nilai estetika. Kubahnya yang bewarna hitam juga merupakan salah satu daya penarik dan ciri unik masjid ini. Di sebalik keunikan masjid ini,ia mempunyai nilai sejarah dan warisan negara kerana usianya yang telah melebihi 100 tahun yang lebih lama dari kemerdekaan negara.
Tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan daripada serangan Siam ( 1821 ). Reka bentuk masjid ini juga diilhamkan daripada masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ini bermaksud terdapat banyak pengaruh dari Timur Tengan dan juga India terhadap senibina dan reka bentuk Masjid Zahir kerana kedua-dua masjid ini mempunyai banyak kubah. Upacara perasmian Masjid Zahir ini dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333 Hijrah, ( 15 Oktober 1915 ) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124, 412 kaki persegi. Dewan tengahnya ( dewan solat ) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan empat anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian Timur Laut banggunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaanya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975. Antara kejadian yang menarik berlaku semasa pengubahsuaian Masjid Zahir ini pada tahun 1993 ”mesin drill” atau mesin gerudi yang digunakan patah. Hal ini disebabkan pengukuhan struktur banggunan yang dibina menggunakan ketiga-tiga bahan yang disebut. Keistimewaan seterusnya, masjid ini juga tidak akan rasa panas walaupun tidak dipasang penghawa dingin didalamnya.
Di sebelah Masjid Zahir terdapat sebuah pejabat untuk imam besar, penghulu masjid dan bilal. Ini memudahkan mereka untuk menjalankan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawapkan ke atas mereka. Ini juga memudahkan Jemaah untuk berjumpa dengan mereka sekiranya berlaku masalah selain mendekatkan diri mereka dengan penduduk setenpat. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama tiga tahun. Kedudukan masjid ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan Antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.masjid Negara jika bertandang ke Alor Setar. Ini kerana Masjid Zahir mempunyai sejarah yang mendalam serta seni bina yang unik, menarik serta berbeza jika dibandingkan dengan masjid-masjid lain di Malaysia. Zahir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam mahupun luar.
Sekadar perkongsian ilmu supaya bermafaat ya..

Comments
Post a Comment