MANFAAT TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mengetahui konsep dan asas tamadun islam. Pelajar dapat mengetahui maksud perkataan “tamadun” yang berasal daripada kata terbitan maddana dan kata terbitan madinah (kota) yang memberi maksud pembangunan atau kemajuan dikota. Dalam aspek konsep, tamadun islam tidak hanya terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral, berbanding konsep tamadun barat yang mementingakan pembangunan lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Manfaat yang diperolehi adalah pelajar dapat mempelajari ilmu dalam al-Quran dan As-sunnah kerana tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu ilahi melului sumber Al-Quran dan As-sunnah. Oleh itu, Tamadun Islam tetap kekal sehinggakan hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya diseluruh dunia. Jadi jelaslah disini bahawa, tamadun islam boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat yang bernaung dibawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul tanpa menindas golongan bukan Islam. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun lain kerana mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya dimonopoli oleh golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang akhirnya ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya. Pembelajaran tamadun Islam dan Tamadun Asia juga memberi kesan terhadap akhlak pelajar, melalui pembelajaran ini pelajar dapat memperolehi ilmu, memperbaiki akhlak dan akidah menurut syariah yang telah ditetapkan. Seorang muslim akan memperbaiki akidahnya ke arah yang lebih baik serta menjadi taat dan patuh kepada Allah S.W.T. bagi mereka yang mempelajari tamadun islam membawa kepada budi perkerti, perangai, sikap, agama, dan tabiat mereka ke arah berakhlak mulia. Seterusnya, manfaat yang diperolehi dalam pembelajaran tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah dapat mengetahui budaya dan gaya hidup masyarakat Islam dan Asia. Pelajar akan didedahkan dengan kepelbagaian adat dan budaya yang diamalakan oleh masyarakat islam dan asia. Dengan ini, pelajar dapat mengetahui amalan yang diamalkan oleh merka terdahulu. Malahan, setiap agama yang diamalkan oleh masyarakat Asia turut didedahkan. Melalui mendedahan yang dilakukan pelajar dapat lebih menghormati setiap amalan serta agama yang diamalkan. Jelaslah bahawa, terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang dapat diterapkan dalam jiwa setiap pelajar kerana tamadun memberi mendedahan kepada pelajar untk terus memajukan diri dan negara. Dengan itu, masyarakat turut maju disebabkan kemjuan yang berjalan seiring.
hanya sekadar perkongsian. 💓💓💓
Comments
Post a Comment