Posts

Showing posts from October, 2018

MASJID ZAHIR MASJID TERCANTIK DUNIA

Image
Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal dalam kalangan penduduk di sekitar Kedah terutamanya penduduk di sekitar Alor Setar, namun ianya kurang dikenali oleh masyarakat dari negeri luar. Masjid Zahir ini mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah ( 11 mac 1912). Masjid ini turut dikenali dengan nama Masjid Zaharah atau Masjid Diraja.Masjid. Masjid ini dikatakan dibina atas usaha Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Tajudin Mukkaram Shah. Masjid ini terdiri daripada satu kubah utama dan dikelilingi oleh lima kubah kecil yang melambangkan lima Ruku Islam. Keunikan ini ialah kubahnya bewarna hitam. Masjid ini mempunyai ukuran keluasan yang tidak besar sementara warnanya yang tidak memancar. Keistimewaan Masjid Zahir ini adalah dari segi bahan binaannya. Bahan binaan yang digunakan untuk membina masjid ini adalah antaranya madu lebah, putih telur dan limau nipih. Kesemua bahan-bahan ini akan dicampurkan kedalam simen untuk digunakan bagi membina Masjid Zahir...

MANFAAT TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

  Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mengetahui konsep dan asas tamadun islam. Pelajar dapat mengetahui maksud perkataan “tamadun” yang berasal daripada kata terbitan maddana dan kata terbitan madinah (kota) yang memberi maksud pembangunan atau kemajuan dikota. Dalam aspek konsep, tamadun islam tidak hanya terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral, berbanding konsep tamadun barat yang mementingakan pembangunan lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran.   Manfaat yang diperolehi adalah pelajar dapat mempelajari ilmu dalam al-Quran dan As-sunnah kerana tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu ilahi melului sumber Al-Quran dan As-sunnah. Oleh itu, Tamadun Islam tetap kekal sehinggakan hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya diseluruh dunia. Jadi jelaslah disini bahawa, tamadun islam boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat yang bernaung dib...